Followers

Tuesday 29 July 2014

Pendakwah mana boleh mengalah !


" Kata Pendakwah , Pendakwah Mana Boleh Cepat Mengalah ! "

Chill lah wei , Allah ada. Segala perbuatan buruk, Allah pasti akan balas. Lagipun tu semua ujian Allah supaya kita ingat DIA. Ujian yang datang bukan untuk melemahkan kita tetapi untuk kuat kan kita lagi.

Aku tau, nak move on tu memang payah. Aku pun sama, susah nak move on. Aku ni cuma manusia biasa je, takdelah kuat mana. Kena cucuk duri, dah sakit. Tapi apalah sangat badan kena cucuk berbanding hati yang tertusuk ni kan? Lebih lima bulan aku pulihkan hati aku yang sakit ni. Sepanjang lima bulan tu aku rasa aku dah boleh buat pelbagai benda, tapi aku membazirkan masa lima bulan tu untuk pulihkan hati yang luka ni. Haha, lima bulan tu aku bersedih, mood asyik lari, marah sana sini, jauh dari Allah.

 Satu hari tu, aku pergi skate dekat taman rumah aku. aku anggap makin jauh aku skate, makin jauh masalah aku, jadinya aku skate lah jauh - jauh. Tapi aku tahu bila aku berhenti je, masalah tu akan kembali lagi.

Tengah skate, aku jumpa satu port baru untuk lepak, aku berhenti jap kat situ dan terfikir, kenapa aku susah sangat nak move on? Aku tak jumpa jawapan yang tepat tapi yang aku tau, aku ni terkejar - kejarkan cinta manusia yang tak kekal tu sedangkan cinta Allah yang kekal tu aku biarkan tak dikejari. Terlalu sayangkan manusia, sampaikan Allah aku lupa. 

Seperti apa yang aku kata, terlalu sayangkan manusia,bila akhirnya dia pergi, haa macam ni lah jadinya, jatuh terus. Aku tau pendakwah tak boleh jatuh dalam masalah kecik macam ni. Mana Allah dalam hati aku? Agak lama untuk aku cari jawapan di mana aku letak Allah dalam hati.

Akhirnya aku bangun, pegang skateboard aku dan lari - lari anak sampailah ke rumah. 

* tepuk dada , tanya iman *
( bukan tanya selera, selera tu nafsu. tanya nafsu macam takde function pun haha)

Tanya diri,
sampai bila mahu menyendiri,
Tatkala Allah dan kawan sentiasa menemani.

Tanya diri,
sampai bila mahu sakit hati,
sampai bila hati mahu mati.

Bangunlah wahai hati,
jangan biarkan diri berduka lagi,
ingatlah Allah sentiasa di sisi.

Sampai bila aku nak biar masalah rempuh iman ? Sepatutnya iman yang patut rempuh masalah itu. Biar masalah tu tahu, aku ni tak lemah. Tak lemah !

Aku yang kau kenal dulu, bukan aku yang kau kenal sekarang. Dulu aku banyak layan emosi, dahagakan kasih sayang manusia. itu semua dulu.

Bukan aku yang sekarang. Satu perkara yang sangat jelas. Aku bukan lagi si pemalas. Aku bukan lagi pelajar yang tak hormat guru. AKU BUKAN MANUSIA YANG KAU KENAL DULU.

.................................................................................

Bila ada ujian, kita lemah.

Bila diberi dugaan, kita mengalah.

Bila diberi kerja banyak, kita mengeluh.

Bila dimarah, kita melenting.

Bila diajak berbalah, kita tak nak mengalah.

Bila terbangun tengah malam, malas nak qiamullail.

Bila nampak Al Quran, saja dibiar tak bersentuh.

Bila terimbas kenangan lama, kita jatuh.

Bila orang ungkit kesalahan kita, mula lah marah macam orang separuh gila.

......................................................................................

Come on wei, kita Daie. DAIE! Daie tak boleh mengalah kan? Apa - apa yang dirasakan " tak nak buat " itulah yang kita kena buat.

Rempuh saja nafsu yang menghalang kau tu. Sampai bila nak jadi hamba nafsu? Sampai Malaikat Izrail datang ? Sampai matahari terbit dari barat baru nak bertaubat ?
Baru terkial - kial nak buat amalan ? Sorry to said, masa tu kau dah lambat. Lambat sangat.

Bila kita mati, segala apa yang kita ada dekat dunia ni terputus serta merta kecuali amal jariah kita, ilmu yang bermanfaat dan doa dari anak yang soleh.

Lahaii.

Amal jariah? Nak keluarkan duit seringgit untuk dermakan dekat tabung masjid pun payah. konon nak harap pahala amal jariah.

Doa anak yang soleh? Aku tak ada anak lagi. Kahwin pun belum lagi. Jadi terlepaslah peluang ni. Fuh, Bayangkan saja aku mati muda. Dua peluang dah terlepas. Amal jariah, belum tentu lagi. Doa anak soleh? Aku tak ada lagi.

Ilmu yang bermanfaat ni pula apalah sangat. Risaulah juga. Ilmu aku belum cukup tinggi lagi. Em memang terlepas lah peluang macam ni.  

Jom lah. Kita rempuh nafsu. Pendakwah, mana boleh lemah! Bangun, ummah perlukan kita. Bangun, Islam rindukan pejuang muda. Bangun, jadi pemuda pemudi harapan agama. Bangunlah! Bangun! Hadapi realiti yang jahiliyah cuba kuasai hati kita. Satukan jiwa kita dalam kesatuan Islam. Bersatu kita atas satu jalan. Jalan dakwah.

Apa lagi duduk depan laptop layan benda yang tak munasabah? Bangun, mulakan melangkah. Sekarang, tak perlu nak tunggu esok lusa bagai. SEKARANG !

Haa diri sendiri, nak buat apa lagi? Pi siapkan kerja sana.

No comments:

Post a Comment