Followers

Friday, 1 August 2014

Pilihan.



" Hiraukan apa yang orang kata. Kau dengan pilihan kau bro! "

" Aku nak berubah lah. Tapi ramai kawan aku tak nak support aku. "

"Kawan aku ejek aku cakap aku ni bajet alim pakai songkok. Diorang kata harini je taubat esok nya buat balik dosa. "

" Dulu aku freehair, bila aku dah berniqab. Semua orang kutuk - kutuk. "

" Setiap kali aku nak buat baik, ada je yang kata aku buat tu sebab nak menunjuk - nunjuk. "

" Orang macam tak puas hati dengan perubahan aku. "

Ini semua antara contoh situasi bagi orang yang ingin berubah. Dihentam dan terus dihentam sehingga mereka mengalah.

Sampai bila orang yang caci tu nak berhenti? Sampai diorang penat rasanya. 

Chill lah, siapa kata nak berubah ni senang? Banyak dugaan akan menimpa punyalah. Sebab tulah kalau nak berubah ni kena kentalkan semangat sikit.

Tengok daie - daie kat luar sana , Diorang berani pergi berdakwah di khalayak ramai. Pasai pa diorang berani ? Pasai depa dah kentalkan semangat , depa hiraukan apa yang orang kata buruk terhadap depa. Hangpa apa cita ? Orang caci sikit dah fedup. Allah baru bagi sikit ujian kat kau, kau dah mengalah ? Apa cer ?

Haa , cuba kau bayangkan masa kau tengah tidur, ada orang ketuk pintu rumah korang.

* tuk tuk *

" Aduh ! siapa lah yang kacau ni. "

Dengan rasa marahnya kau bangun dan rentap tombol pintu tu dengan kuat.

" Nak apa ?! "

" Nak nyawa kamu. "

Terdiam kau. Tak boleh nak cakap dengan malaikat maut tu " Wei , sekejap . Aku nak solat taubat jap . Nak mintak ampun kat orang aku pernah aniaya dulu . " Time tu semua dah terlambat. Said bye - bye jela kat dunia time tu.

Hah tu baru malaikat maut yang datang menjemput, belum lagi kalau matahari dah terbit dari barat. Nak insaf masa tu? Dah terlambat. Lambat sangat bro.


Masuk dalam fasa dua.

Aku , kau , dia , kami , anda. Hidup kita tak seperti yang kita jangka. Mati kita bila - bila.

Kita semua tahu mati itu pasti. Cuma kita tak yakin kan ? 

Kalau ye pun kita yakin , tahap apa keyakinan kita. kita kata, YA , Aku Bakal Jenazah. Hamboii bukan main yakin nampak. Tapi persediaan kita? macam ada takde je. Masih bahagia dengan dunia, layan benda yang tidak munasabah. Tinggal solat jangan cerita, dah jadi perkara biasa. Lewatkan solat boleh kata " Relaks ah. Belum habis waktu lagi kan. " Pergh !

Itu belum campur lagi bab mengutuk mengumpat. Bab menipu dan mencuri. Belum bab tonton video lucah. Bab makan duit haram tu semua. bab tak baca doa lepas makan, doa bangun tidur, doa masuk tandas, hatta doa lepas solat pun kita malas!

Haih ..

Sebenarnya , kita nak yang mana ?

Mulut kata, "Mestilah nak redha Allah!"

    Nafsu kata, "Tapi aku sayangkan jahiliyah."

Mulut kata, "Jom kita sembah Allah."

   Nafsu kata, "Alaa tak payahlah solat subuh berjemaah. Mengantuk kot."

Mulut kata, "Aku nak berubah."

   Nafsu kata, "Alamak, mesti payah."

Kita nak yang mana?
 
Redha Allah dalam kebencian manusia. Atau redha manusia dalam kemurkaan Allah? 
 
Nak syurga dunia dan neraka selamanya. Ataupun penjara dunia dan syurga selamanya?  

Sama ada aku , kau atau semua. Semua takkan terlepas daripada ujian. Lagi susah apabila menghadapi ujian nafsu dan iman memang sentiasa jadi cabaran.
 
Sudah lah ! Jom bangun ! Hiraukan apa orang kata , anggap itu semua ujian ! Ingat kau berubah kerana Allah , bukan kerana manusia. Sabarkan hati kerana Allah.
 
Aku mengaku , nak jadi baik memang sukar. Nak lawan nafsu memang susah, tapi nak masuk neraka memang kita takkan dapat tahan punyalah.
 
Cuba kau pegang cerek yang tengah panas gila? Melecur kan? Itu baru sikit, nak dibandingkan panas neraka. Wallahualam.
 
Atau pun cuba kau pijak paku, sakit kan? Konfem lah sakit. Kalau tu pun kau tak dapat nak tahan, macam mana kau nak tahan azab Allah yang lagi mengerikan tu? Series memang aku tak berani nak rasa seksa neraka. Azab kubur pun mintak lah dijauhkan.
 
Semoga kita semua tergolong sebagai manusia yang hidup dan mati dalam keimanan.
Assalamualaikum.



 

Thursday, 31 July 2014

Jihad.




" Angan nak jihad, solat subuh pun tak bangkit. "

Jihad? Apa tu jihad? Jihad merupakan puncak kekuatan dan kemuliaan Islam. Orang yang berjihad akan menempati kedudukan yang tinggi di syurga, sebagaimana juga memiliki kedudukan yang tinggi di dunia. Secara umum, hakikat jihad mempunyai makna yang sangat luas iaitu berjihad melawan hawa nafsu, syaitan, dan orang-orang fasik dari kalangan ahli bid’ah dan maksiat. Sedangkan menurut syara’ jihad adalah mencurahkan seluruh kemampuan untuk memerangi orang kafir.

Layan dulu cerita Ammar dan Raz ni dulu okay ? 
 Apa lagi? Let's roll lah haha.

........................................

" Ammar, jom pergi Gaza nak? Kita tolong sedara kita di sana? Ajak Naqi dengan Wan sekali. "

"  Hah? Dah cukup kental ke nak lawan Israel? "

" Err belum. "

" Ha kalau camtu kentalkan diri dulu, kita tolong sedara kita dengan berdoa jela dulu okay? "

" Em okay okay. "

" Okay cun. Dah pergi tido sana. "

" Iyolaa Mar oii.. "

***

* Bam Bam *

" Cilake, aku nak tidur pun susah, bunyi apa lah tu. " Marah Raz sambil bangun dari katilnya untuk mencari bunyi tadi. 

Apabila Raz keluar dari rumahnya, terdiam beliau seketika. Melihat sekeliling beliau hancur dan musnah. Masing2 kelihatan berlari sana - sini untuk mendapatkan perlindungan. Raz bengang.

" Aku bermimpi ke apa ni, Asal aku kat sini. Aku bukan kat rumah ke? Mana Ammar? Mana Naqi? Mana semua?!! " Tanya Raz kepada diri sendiri.

Tanpa disedari, seorang lelaki mencuit beliau dari belakang. Raz terkejut. Kedesaapp, Raz menumbuk lelaki itu.

" Woi, sakit lah gila. " 

" Eh Ammar, sori weh, aku ingatkan askar Israel tadi. Haa tula lain kali nak cuit beri salam haha. "

" Aduhh, habis rosak muka aku yang handsome ni. "

" Haha handsome lah sangat, sori bro. Weh Mar, asal kita kat sini, bukan kita kat rumah ke? Semalam bukan main rancak sembang pasal jihad bagai. "

" Hah? Kau dah lupa ke kita datang sini nak bantu Gaza. Dah seminggu kita kat sini. Tulah aku kata jangan tidur, kau degil. "

" Wei, jangan main - main! "

" Aah lantak kau lah nak caye ke tak. Dah jom! Kita ada misi ni! "

" Aku belum bersedia lagi woi. "

" Ikut jela aku. "

Raz mengikuti Ammar dengan tak relanya. Sampai di satu gudang, dia melihat terdapat beberapa senjata di atas meja di dalam gudang tu. Kelihatan juga Naqi dan wan di situ.

" Naqi , Wan ! Kau pun ada kat sini?" 

" Dah sudah, awat hang ni Raz? Kami memang dah lama ada kat sini. Hang pi mana? " Balas Naqi kepelikkan melihat gelagat kawannya tu.

Raz tercengang.

" Haha Naqi, mungkin Raz ni dapat penyakit lupa kot selepas dia bangun tidur. Boleh dia tanya gitu. " Kata Wan sambil ketawa.

" Dah lah Raz, jangan bermimpi lagi. Kita ada tugas besar. Lepas ni, masing - masing ambil senjata, kita nak serang Israel yang berada di bandar. "

" Kau gila Mar? Ramai kot kat sana. Kita berempat je, boleh ke? Dah lah kawan kita yang lain dah berpecah dari kita. " 

" Dengan izin Allah Naqi, dengan izin Allah kita boleh. "

" Baiklah Mar. "

Tiba - tiba, datang seorang lelaki berbadan perkasa seperti The Rock masuk ke dalam gudang. Masing - masing mengacukan senjata ke lelaki itu.

" Assalamualaikum para Mujahidin. Jangan takut, Ana seperti kamu semua. Mujahidin yang berperang kerana Allah." Kata lelaki misteri itu.

" Waalaikumussalam. Siapa nama kau? Camne kau tau tempat kitorang? " Balas Wan sambil tangan terketar - ketar.

" Nama ana Ismail. Semasa ana hendak pergi ke bandar, ana terdengar suara kamu semua di dalam gudang. Ana ingatkan tentera - tentera Israel, ana pun selidik lah. "

" Alhamdulillah, abang nak halau tentera Israel di bandar tu eah abang Ismail? " Tanya Ammar.

" Yep. " Balas abang Ismail ringkas.

" Izinkan kami ikut sekali? " Naqi meminta izin.

Raz masih terdiam.

" Dipersilakan wahai anak muda yang ingin berjuang ke jalan Allah. " 

" Okey cun. Apa lagi guys, jom jihad! " Jerit Ammar.

" Jom. " Sahut Wan dan Naqi. Raz masih terdiam seribu bahasa.

" Wei, jap Mar. Kawan kita Raz ni macam belum bersedia je. " Kata Wan.

" Kau dah kenapa Raz, dahulu kau yang nak berjihad ke jalan Allah kan. Kenapa kau tiba - tiba diam je ni? " Tanya Ammar.

" Aku .. Aku belum sedia lagi .. Aku nak balik ke Malaysia . " 

" Raz, kau dah sedia ke belum ke, langgar jela. Aku ingat lagi kau kata ' Kata Daie, mana boleh mengalah. Langgar sudah ' lepastu kau yang mengalah. apa cer? " Ammar memberi semangat.

" Betul kata Ammar tu Raz. Janganlah cepat mengalah. Kau yang ajak kitorang dulu kan. Bangun Raz bangun ! " Naqi turut memberi semangat. 

" Haih. Em baiklah. Jom berjihad! " Keluh Raz.

Tersenyum abang Ismail melihat gelagat anak muda itu. Kadang dia gembira juga melihat anak muda yang sanggup berjihad ke jalan Allah. Dia ingatkan anak muda sekarang sibuk dengan gadjet dan lain lain.

" Semua dah sedia? Jom gerak! " Kata Abang Ismail.

" Sudah abang Ismail ! " Sahut mereka bereempat.

Maka bergerak lah mereka semua ke bandar. Dalam perjalanan, terdapat beberapa tentera Israel cuba serang hendap dari belakang. Nasib baik kecekapan dan ketajaman mata Wan dan Naqi dapat menghalang tentera Israel itu daripada membunuh mereka berempat. 

" Haha, nak bunuh kitorang senyap2 konon. Puihh. " Wan gelak.

Mereka pun meneruskan perjalanan. Tiba di bandar, terdapat ramai konco Israel sedang menjaga kawasan. *Sssupp* Sebutir peluru tepat mengenai kepala salah satu tentera Israel itu.

" Woi Naqi, takleh sabar ke? Kang semua tentera tu datang sini, nahas kita. " Marah Ammar.

" Ahaha lek ah Mar, aku dah pasang silencer. Korang bertiga pergi dalam Hospital selamatkan sesiapa yang ada di dalam. Aku dengan Wan jaga sini. " Gelak Naqi.

" Ish kau ni Naqi, haa okay. Jom abang Ismail dan Raz. Kita masuk dalam hospital. " Arah Ammar.

Mereka bertiga gerak ke hospital manakala Wan dan Naqi menjaga belakang beliau. Mereka bertiga dah nak hampir sampai, malang sekali mereka dikepung oleh konco Israel. Jumlah tentera Israel itu melebihi seratus orang.

" Put your guns down, or I'll shoot you! " Kata salah seorang tentera Israel.

" Shoot me, and you all will die ! " Abang Ismail berkata sambil tangannya memegang sebiji bom.

Sebilangan tentera Israel lari memberikan ruang untuk mereka masuk ke dalam hospital. Manakala sebilangan lagi masih mengacukan senjata.

" Abang kata tiga , kamu berdua lari ke dalam hospital dan ambil sedikit perubatan dan keluarkan mangsa - mangsa di dalam. " Kata abang Ismail.

" Abang nak pergi mana? " Soal Raz.

" Abang nak pergi bertemu Allah . Jangan banyak tanya lagi, gerak sekarang. " 

" One , two , three ! GO ! " Jerit abang Ismail.

Mereka berdua pun lari sambil mengelak daripada terkena tembakan. Tentera yang lain menembak abang Ismail bertubi - tubi. Sebelum sempat abang Ismail mati, abang Ismail telah mengaktifkan bom di tangannya.

" You may kill me, but you can never kill Muslim ! " Ayat terakhir sebelum abang Ismail pergi.

* booom * meletup lah bom di tangan abang Ismail itu dan semua tentera Israel yang berada di sekitar kawasan abang Ismail mati dibaham bom.

" Abang Ismail !!!!!! " jerit Raz sambil menangis.

" * sob sob * sudahlah Raz, jangan sia - siakan pengorbanan abang Ismail, jom kita gerak. Dah nak sampai ni. " Kata Ammar sambil menahan tangisan.

Sementara itu, di tempat Wan dan Naqi.

" Wei, benda apa yang meletup tu? " Tanya Wan.

" Bom rasanya. "

" Siapa pulak yang main bom ni. "

" Entahlah, yang penting harap - harap tentera Israel tu mati dalam letupan tu. "

" haha , aminn . " Ayat terakhir Wan sebelum Wan kena tembak.

*Pang pang*
Dua das tembakan kena dada Wan. Darah mula tersembur keluar. Wan mula jatuh terkulai. Naqi tergamam melihatnya. 

" Sial kau Israel ! " Marah Naqi.

Naqi mula menerpa ke arah tentera Israel yang membunuh kawan baiknya itu. Bertubi - tubi tumbukan Naqi lepaskan di muka tentera Israel itu. Naqi mengambil senapang beliau dan segera melepaskan tembakan belakang. *ssupp * Tepat mengenai kepala tentera Israel yang lain. 

" Dua orang aku dah bunuh demi kau Wan. Kau tunggu aku di syurga ye Wan? "

" Arghh !! Mampuslah kau Israel durjana ! " Teriak Naqi sambil menembak ke arah tentera Israel itu. 10 daripadanya semua mati di tangan Naqi. Tapi nasib tak menyebelahi Naqi, dia ditembak mati oleh seorang penembak tepat yang berada tidak jauh dari tempat di mana Wan mati. Sebelum Naqi mati, dia sempat mengucapkan dua kalimah syahadah dan terkaku lah jasad beliau.

Tiga sudah pergi, tinggal lagi dua.

" Raz, kalau aku kena tembak, kau cepat - cepat lari ke pangkalan tau. Kau kan pelari terpantas masa kat sekola dulu haha. " Ujar Ammar sambil tersenyum.

" Woi ! Takdelah. Kau jangan fikir bukan - bukan. Aku tumbuk kau macam tadi kang haa , hilang muka handsome kau tu nanti ahaha. " 

" Uish aku cakap ' kalau ' . Haha lek ah, jangan lupakan aku nanti kalau aku dah tiada dan kau masih hidup lagi tau. "

" Haa yelaa Mar, Dah lah. Jom cari bahan perubatan untuk sedara kita dan mangsa - mangsa yang tersesat di dalam ni. "

" Cun bro! "

Apabila mereka berdua masuk di dalam hospital, mereka terserempak dengan beberapa orang tahanan. Dan di depan tahanan itu terdapat lebih 10 tentera Israel memegang senapang.

" Ammar, kau dah sedia? " 

" Setiap masa. "

" Dalam kiraan 3 "

" 1 "

" 2 " 

" 3 "

* pang pang * Aksi tembak menembak mula berlaku. Ammar terkena tembakan daripada askar Israel tetapi tembakan itu hanya mengena di kaki kanan nya sahaja. Raz berusaha membunuh semua askar Israel itu walaupun tangannya terketar - ketar akibat ketakutan yang melampau. Dalam masa beberapa minit, 15 tentera Israel telah berjaya Raz dan Ammar tumpaskan. Tahanan - tahanan di situ amat gembira sekali. Mereka semua keluar daripada hospital itu dengan berhati - hati manakala Ammar dan Raz mengambil sedikit bahan perubatan yang ada di dalam hospital itu.

" Hah, kan aku dah kata Mar, kau akan selamat punyalah. Barang dah cukup kan? Jom lah balik pangkalan. " 

" Yelaa apa yang kau kata semua betul huuu. Haa dah cukup. Jom lah ba.... " Belum sempat Ammar menghabiskan ayat nya, dia ditikam oleh tentera Israel yang kejam.

" Ammarr !! Tak guna kau Israel ! " Sedas tembakan kena di bahagian perut tentera Israel itu. Pang, sedas lagi kena di bahagian kepala. Tamatlah riwayat tentera Israel tu.

" Celaka main tikam belakang, nokharom punya Israel ! " Marah Raz.

Tiba - tiba Raz terdengar bunyi tembakan dari arah belakang. Ramai lagi tentera Israel yang belum mereka berdua tumpaskan. Belum sempat Raz mengacu senapang nya , dia teringat kata - kata Ammar . Dia terus lari ke pangkalan meninggalkan kawannya syahid di situ. 

" Selamat tinggal Ammar .. "
 
Lariannya terhenti apabila terlihat kawannya Naqi dan Raz pun sudah syahid. Dia terduduk sebentar. Menangis melihat ketiga sahabat karibnya sudah syahid. Dia sudah tiada sesiapa lagi. Dia lupakan apa yang Ammar kata tadi. Dia mengambil senjata daripada tangan Naqi tadi.

" Maafkan aku Ammar, aku mahu menuntut bela ke atas ketiga-tiga sahabat karib aku. " Maka berpatah balik lah beliau ke bandar. Sampai di tengah bandar, Dia menjerit , " Kau bunuh sahabat aku , kau bunuh abang Ismail , kau boleh bunuh rakyat gaza , tapi , kau tak boleh bunuh Islam ! Suatu hari , kau akan lari lintang pukang , kau akan ketakutan , melihat kekuatan Islam menentang kau ! Now , get out and fight like a man can we ?! " Semua tentera Israel keluar menampilkan diri.

" Nice. Now, you all should die ! " Tembakan demi tembakan Raz lepaskan ke arah semua tentera Israel di situ. Satu demi satu mati terkena tembakan Raz. Raz makin menggila, menembak ke semua arah sambil mengelak tembakan dari tentera Israel. *Kedebuk* Raz terkena ketukan daripada tentera Israel. Raz jatuh. Seorang tentera Israel mengacukan senjata ke kepala Raz dan berkata,

" You are a brave boy, but not tough enough to kill us. Die with all your friends now ! " 

" huh! I dont care if im tough enough, what I care, is this ! " * Ptuihh * Raz meludah kahak darahnya ke muka tentera Israel tadi. Makin amuk tentera Israel tadi dan BAM picu ditarik. maka mereka berempat Syahid di tanah suci Gaza.

***

" Woi Raz, Bangunlah ! Terpekik terlolong jerit nama aku dah kenapa ? " Ammar mengejutkan Raz.

" Huh ?! Aku bermimpi ke tadi ? " 

" Apa yang kau mimpi ? "

" Aku mimpi kau , aku , Naqi dan Wan pergi berperang di Gaza ! "

" Haha , agaknya sebab kau tak dapat pergi betul - betul. Allah kasi dekat mimpi jela kot. "

" Haa , agaknyalah. Seram jugak wei mimpi tu. "

" Dah, pergi basuh muka sana. Anggap jela mimpi tu sebagai ujian. Manalah tau suatu hari nanti kita pergi sana, bolehlah kau beri selok belok sikit cara nak perang haha. "

" haha. "

........................................

Orite selesai. Cerita agak hambar sikit kot haha.

Apa yang penting, Jihad tu ha. Seperti apa yang aku dah terangkan dengan maksud jihad tadi kat atas. 

Sepertimana Rasulullah S.A.W berkata; 

" The greatest Jihad is to battle your own soul, to fight the evil within yourself. "

Segala yang baik jadikan pedoman, yang buruk jadikan sempadan. Maaf jika terkasar bahasa.

Pray For Gaza!

Salam sayang,
budak Johor.


 

 

 




 

Wednesday, 30 July 2014

Berpijak di bumi yang nyata !


" Sampai bila kau nak jadi orang lain? Please jadi diri sendiri wei. "

Kita masuk dalam fasa Ammar and Raz's stories okay?

So, berpijak di bumi yang nyata eah? Seringkali aku lihat ada orang menyamar jadi orang lain. Dengan alasan nak populariti dan nak duit. Haihh, tolonglah. Jangan nak menyamar jadi orang lain.

..............................

" Wei Mar, lepak jom? "

Aku tersenyum sambil menganggukkan kepala. Aku tau sangat kalau Raz ajak aku lepak bermakna dia tengah takde mood.

" Kau ada masalah ke Raz? Cerita ah kat aku manalah tau aku boleh tolong. "

Raz diam seketika.

" takde papelah... "

" Haa yelaa. Kalau kau taknak bagitau takpe. Dah jom lepak. "

" Heee okk jom. "

Tengah aku dan Raz berjalan, aku ternampak seorang lelaki berpakaian baju dan seluar yang terkoyak - koyak sambil memegang kotak yang berisi duit. Lelaki itu datang kat aku dan meminta sedekah. Aku dan Raz pun mengeluarkan beg dompet kitorang dan menghulurkannya sedikit wang. Dia nampak begitu gembira dan lari pergi ke satu tempat. 

" Wei Raz, agak kau dia nak pergi mana tu? Laju semacam je. "

" Alaa, mungkin dia pergi kat keluarga dia lah tu. Gembira dapat duit nak bagi anak bini makan. Dah lah, tak baik buruk sangka dekat orang. Jom jalan. " Lalu kitorang pun berlalu pergi.

Tengah syok kitorang jalan sambil bersembang, mata aku terlihat wajah lelaki tadi. Tersorok di belakang kawasan perumahan. Mata aku fokuskan lagi dekat dia dan paling aku terkejut, di tangannya ada dadah. So, duit yang kitorang sedekah tadi dia beli dadah ke? Raz pelik melihat aku. Dia pun menoleh dan terlihat juga lelaki tadi sedang menghisap dadah. 

" Huh, ini rupanya kerja dia. Menyamar jadi pengemis semata - mata nak beli dadah. Ehh sakit pulak hati aku ni. " Kata aku dengan nada sedikit marah.

" Hah, kau rilek jela Mar, biarlah dia. Kita pun bukannya tau pun tadi. Dah takyah fikir, kita balik rumah layan televisyen lagi best. Biarkan dia dengan life dia. "

" Nak biarkan? Kalau kita biarkan nanti dia buat lagi. Kita kan Daie wei. Kita kenalah mencegah kemungkaran dan mengajak orang kepada kebaikan. "

" Memang betul kata kau Mar. Kau pergilah nasihat dia, kalau dia taknak berubah jugak. Kita serahkan pada Allah jela. "

Aku pergi nasihat dia tapi nasihat aku tu macam ' masuk telinga kanan , keluar telinga kiri. ' Hampeh betul. Membazir air liur dan masa aku je.

Aku dan Raz pun berlalu pergi dari tempat tu. Sepanjang perjalanan balik, Raz asyik lihat aku menggelengkan kepala sambil mengeluh banyak kali.

" Dahlah Mar. Kau dah buat yang terbaik. " pujuk Raz.

" Aku pun dah tak tau nak buat macamana dah, puas aku pujuk nasihat bagai. "

" Aku ada satu ayat ni, kau ingat ayat ni sampai kau mati. "

" Apa dia? "

" Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui akan sesuatu perkara. Kalau kau tak dapat nak ubah kan seseorang , serahkan kat Allah. "

" Haa iyelaa Raz, dah lah jom balik. "

 ........................................

Okay selesai.

Sebenarnya, tak payah lah nak menyamar jadi orang miskin, orang kaya dan sebagainya. Syukur jela dengan life yang kau ada sekarang. 

Aku nak bagitau something ni. Masa aku nak keluar rumah, aku lihat ada kucing terbiar sedang minum air lopak. Aku kesian kat dia, jadi aku masuk dalam balik dan amikkan sedikit makanan dan minuman untuk kucing tu.

 Lepas aku bagi dekat kucing tu, kucing tu pun makan dengan berselera. Ternyata dia memang lapar dan haus. Bila aku fikir balik, nasib kucing tu sama dengan nasib orang yang susah dekat luar sana tu. Kalau boleh memang aku nak tolong nasib semua orang dan haiwan ni, tapi apa kan daya aku ni pun mak dengan ayah aku tanggung. Kadang musykil jugak, ada yang sanggup jadi pengemis semata - mata demi wang, tapi ada yang memang betul - betul miskin dan perlukan duit untuk sara kehidupan. Sampaikan orang yang nak tolong dermakan tu pun rasa was - was.

Tolong lah jangan menyamar, ramai lagi yang tak berkemampuan kat luar sana tu. Jangan asyik ikut cakap nafsu kau tu je. Nafsu tu kau buang lah jauh - jauh. 

......................................

Apa yang baik, jadikan pedoman. Apa yang buruk, buang jauh - jauh dari ingatan. Sesungguhnya saya ni cuma manusia biasa yang bila - bila masa sahaja, akan diambil saja dari dunia ini.

Maafkan salah silap, dan juga jika ada terkasar bahasa atau tersilap kata.

Ingat konsep Amar Ma'ruf Nahi Munkar! Mengajak kepada kebaikan, mencegah kepada keburukan. Kitakan Daie.

Selamat menempuh dugaan dan ujian hidup.

Assalamualaikum.
 

 







Tuesday, 29 July 2014

Pendakwah mana boleh mengalah !


" Kata Pendakwah , Pendakwah Mana Boleh Cepat Mengalah ! "

Chill lah wei , Allah ada. Segala perbuatan buruk, Allah pasti akan balas. Lagipun tu semua ujian Allah supaya kita ingat DIA. Ujian yang datang bukan untuk melemahkan kita tetapi untuk kuat kan kita lagi.

Aku tau, nak move on tu memang payah. Aku pun sama, susah nak move on. Aku ni cuma manusia biasa je, takdelah kuat mana. Kena cucuk duri, dah sakit. Tapi apalah sangat badan kena cucuk berbanding hati yang tertusuk ni kan? Lebih lima bulan aku pulihkan hati aku yang sakit ni. Sepanjang lima bulan tu aku rasa aku dah boleh buat pelbagai benda, tapi aku membazirkan masa lima bulan tu untuk pulihkan hati yang luka ni. Haha, lima bulan tu aku bersedih, mood asyik lari, marah sana sini, jauh dari Allah.

 Satu hari tu, aku pergi skate dekat taman rumah aku. aku anggap makin jauh aku skate, makin jauh masalah aku, jadinya aku skate lah jauh - jauh. Tapi aku tahu bila aku berhenti je, masalah tu akan kembali lagi.

Tengah skate, aku jumpa satu port baru untuk lepak, aku berhenti jap kat situ dan terfikir, kenapa aku susah sangat nak move on? Aku tak jumpa jawapan yang tepat tapi yang aku tau, aku ni terkejar - kejarkan cinta manusia yang tak kekal tu sedangkan cinta Allah yang kekal tu aku biarkan tak dikejari. Terlalu sayangkan manusia, sampaikan Allah aku lupa. 

Seperti apa yang aku kata, terlalu sayangkan manusia,bila akhirnya dia pergi, haa macam ni lah jadinya, jatuh terus. Aku tau pendakwah tak boleh jatuh dalam masalah kecik macam ni. Mana Allah dalam hati aku? Agak lama untuk aku cari jawapan di mana aku letak Allah dalam hati.

Akhirnya aku bangun, pegang skateboard aku dan lari - lari anak sampailah ke rumah. 

* tepuk dada , tanya iman *
( bukan tanya selera, selera tu nafsu. tanya nafsu macam takde function pun haha)

Tanya diri,
sampai bila mahu menyendiri,
Tatkala Allah dan kawan sentiasa menemani.

Tanya diri,
sampai bila mahu sakit hati,
sampai bila hati mahu mati.

Bangunlah wahai hati,
jangan biarkan diri berduka lagi,
ingatlah Allah sentiasa di sisi.

Sampai bila aku nak biar masalah rempuh iman ? Sepatutnya iman yang patut rempuh masalah itu. Biar masalah tu tahu, aku ni tak lemah. Tak lemah !

Aku yang kau kenal dulu, bukan aku yang kau kenal sekarang. Dulu aku banyak layan emosi, dahagakan kasih sayang manusia. itu semua dulu.

Bukan aku yang sekarang. Satu perkara yang sangat jelas. Aku bukan lagi si pemalas. Aku bukan lagi pelajar yang tak hormat guru. AKU BUKAN MANUSIA YANG KAU KENAL DULU.

.................................................................................

Bila ada ujian, kita lemah.

Bila diberi dugaan, kita mengalah.

Bila diberi kerja banyak, kita mengeluh.

Bila dimarah, kita melenting.

Bila diajak berbalah, kita tak nak mengalah.

Bila terbangun tengah malam, malas nak qiamullail.

Bila nampak Al Quran, saja dibiar tak bersentuh.

Bila terimbas kenangan lama, kita jatuh.

Bila orang ungkit kesalahan kita, mula lah marah macam orang separuh gila.

......................................................................................

Come on wei, kita Daie. DAIE! Daie tak boleh mengalah kan? Apa - apa yang dirasakan " tak nak buat " itulah yang kita kena buat.

Rempuh saja nafsu yang menghalang kau tu. Sampai bila nak jadi hamba nafsu? Sampai Malaikat Izrail datang ? Sampai matahari terbit dari barat baru nak bertaubat ?
Baru terkial - kial nak buat amalan ? Sorry to said, masa tu kau dah lambat. Lambat sangat.

Bila kita mati, segala apa yang kita ada dekat dunia ni terputus serta merta kecuali amal jariah kita, ilmu yang bermanfaat dan doa dari anak yang soleh.

Lahaii.

Amal jariah? Nak keluarkan duit seringgit untuk dermakan dekat tabung masjid pun payah. konon nak harap pahala amal jariah.

Doa anak yang soleh? Aku tak ada anak lagi. Kahwin pun belum lagi. Jadi terlepaslah peluang ni. Fuh, Bayangkan saja aku mati muda. Dua peluang dah terlepas. Amal jariah, belum tentu lagi. Doa anak soleh? Aku tak ada lagi.

Ilmu yang bermanfaat ni pula apalah sangat. Risaulah juga. Ilmu aku belum cukup tinggi lagi. Em memang terlepas lah peluang macam ni.  

Jom lah. Kita rempuh nafsu. Pendakwah, mana boleh lemah! Bangun, ummah perlukan kita. Bangun, Islam rindukan pejuang muda. Bangun, jadi pemuda pemudi harapan agama. Bangunlah! Bangun! Hadapi realiti yang jahiliyah cuba kuasai hati kita. Satukan jiwa kita dalam kesatuan Islam. Bersatu kita atas satu jalan. Jalan dakwah.

Apa lagi duduk depan laptop layan benda yang tak munasabah? Bangun, mulakan melangkah. Sekarang, tak perlu nak tunggu esok lusa bagai. SEKARANG !

Haa diri sendiri, nak buat apa lagi? Pi siapkan kerja sana.